" F l o w e r "

flaw

Hai Welcome Here


" It's not because I'm lazy, it's just because I don't care. "

We can chatting here





Love}
Friday, March 18, 2016 | 9:21 PM | 0Comment


Assalamualaikum.
Ohaiyogozaimasu minna!

So dah setahun dah seketul El bebas dari tibi.
Alhamdulillah dah sihat dah tak susah kan orang dah tak ngamuk nangis nangis lagi sebab tahan sakit. Bila di ingat ingatkan balik dulu, masa aku sakit aku stress sangat. Dalam sakit sakit tu aku tak tau nak ekpressi kan sakit aku tu macam mana maka aku pun bantai aa ngamuk tak tentu pasal. Satu wad 20 pening. Hahaha. Tu bukan nakal, ni sakit punya pasal.Yelah cuba kau bayang kan kena kurung dalam bilik sensorang tak keluar jumpa orang sekeliling kena duduk dendiam dengan tak leh berjalannya. Sakit tau tak. Walauun ada tv ada ape semua cuba kau bayangkan baring atas katil je tak leh buat pape. Nak pi tandas pun kena tunggu mak aku datang sebab tak nak panggil nurse. Antara sebab tak nak panggil nurse satu aku tak nak menyusahkan dorang dan sementara tu aku yang susah. Kedua sebab nurse ni depan je baik belakang kemain lagi. Aku tak cakap semua tapi sesetengah nurse lah. *entah* Kalau keluar jenjalan pun kena pakai mask, pakai wheelchair itu pi turun sebab nak beli jajan je. Ada duit sikit dapat lah beli secret recipe.

Kalau sesiapa sakit pls make sure kau keluar as soon as possible. Sebab apa? Sebab makanan kat hospital suck gila even menu dia western ke apa ke kalau dah nama hospital makanan dia sangat sangat lah tak menyelerakan unless kalau kau pi hospital mahal macam prince court ke kpj ke aku tak tau lah makanan dia. Dan hari hariaku dok order benda yang sama every week walaupun rotate har hari tapi tak makan pun sebab tak leh telan. Ayah aku datang tengahari bawak makanan kadang dia masak kadang dia beli kat kedai. Kalau petang mak aku pulak datang teman sampai pagi bawak makanan. Aku masuk hospital semi kerajaan. Semi kerajaan ni macam separuh kerajaan separuh swasta. Semi kerajaan pun mahal bak ang! Sehari je dah RM100+ kau rasa kalau 6 bulan setengah kat wad tu termasuk ubat ubat x-ray amik darah hari hari lagi pebenda semua nak check jantung drip woi berapa puluh ribu kena bayar ritu. Pening woi bila ingat balik. Bukan dapat layanan 5 bintang pun. Nyirap pulak aku. Haha

Bila pikir balik pengorbanan mak dengan ayah aku masa aku sakit dulu, tak mampu aku nak balas sampai rini pun aku masih tak mampu nak buat apa apa kat dorang.As a daughter aku sesangat lah salute kat parents yang membesarkan anak anak dorang. Tau tak pasir? Setiap butir pasir tu ibarat satu pengorbanan ibu bapa kita. Haaaaa. Banyak tak terkira kan? Tak yah kira sebab memang tak kan terbalas kesemuanya apa yang dorang dah buat untuk kita. Sampai laa ni jugak lah seketul El sesangat aa clingy dengan mak. Hahaha.


For people out there, pls respect and love your parents. Because they don't need your money, they need you as their children to stay and take care of them like they do to you :)


Arigato gozaimasu,
El